Utama Pejabat Tun Biografi Galeri Tun Galeri Media Hubungi Kami Maklum Balas
 
 

Galeri Tun Abdullah Ahmad Badawi

Masa Lawatan
Isnin - Khamis : 9.00 pagi - 5.00 petang
Jumaat : 9.00 pagi - 12.15 tengahari
  : 3.00 petang - 5.00 petang
Sabtu - Ahad : TUTUP
     
Masuk Percuma

Penubuhan Galeri

Galeri Tun Abdullah Ahmad Badawi dibuka secara rasmi oleh YBhg. Dato' Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara pada 17 Oktober 2012 bersamaan 1 Zulhijjah 1433 Hijrah. Galeri yang berkeluasan 5,518.94 kaki persegi terletak di Unit 3, Aras 9, Menara Prisma, Persiaran Perdana, Presint 3, Putrajaya bersebelahan Pejabat Bekas Perdana Menteri, YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Galeri ini mempamerkan koleksi Pingat/Darjah Kebesaran, Anugerah Doktor Kehormat, cenderamata, dokumen, gambar, lukisan, keratan akhbar dan buku-buku yang dihadiahkan oleh Jabatan Kerajaan, swasta, orang perseorangan serta dari Ketua-Ketua Negara semasa YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menieri sehingga beliau menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-5, Pameran di galeri ini terbahagi kepada Iapan (8) bahagian iaitu:

1) Sejarah Awal

Sejarah yang dikongsi bersama dalam bahagian ini adalah mengenai kelahiran YABhg. Tun Abdullah, mengimbau zaman kanak-kanak, persekolahan sehingga pengajian di peringkat Universiti. Kombinasi koleksi dokumen dan gambar menerangkan latar belakang Tun Abdullah, salasilah keturunan, keluarga dan penglibatan yang aktif dalam pasukan beruniform, aktiviti persatuan dan kemasyarakatan.


2) Kerjaya Dan Kejayaan Dalam Perkhidmatan Awam

Bahagian ini mempamerkan kerjaya dan kejayaan YABhg. Tun Abdullah sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik dalam perkhidmatan awam dari tahun 1964 hingga 1977.


3) Penglibatan Dalam Politik

Fasa penglibatan YABhg, Tun Abdullah dalam politik bermula tahun 1978 apabila bertanding sebagai ahli Parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang sehingga 2004 apabila beliau dilantik sebagai Presiden menerajui pucuk pimpinan parti UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Oktober 2003 hingga Mac 2009.


4) Jawatan-Jawatan Dalam Pentadbiran

Pelantikan YABhg. Tun Abdullah sebagai Anggota Pentadbiran bermula pada tahun 1978 sebagai Setiausaha Parlimen, Kementerian Wilayah Persekutuan. Sehingga tahun 1999, YABhg. Tun Abdullah Telah menerajui beberapa Kementerian sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kemanterian Pertahanan dan Kementerian Luar Negeri.


5) Timbalan Perdana Menteri

YABhg. Tun Abdullah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 8 Januari 1999. Tanggungjawab dan pembaharuan yang dilaksanakan semasa perkhidmatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dipamerkan di bahagian ini.


6) Perdana Menteri

Peristiwa-peristiwa penting YABhg. Tun Abdullah semasa memegang puncak perkhidmatan tertinggi Negara sebagai Perdana Menteri Malaysia kelima diabadikan di bahagaian ini. Sepanjang lima tahun lima bulan, YABhg. Tun Abdullah menerajui Negara, pelbagai dasar, program dan pembaharuan telah diperkenalkan untuk memastikan rakyat dan Negara ini sentiasa berada dalam keadaan aman, makmur dan sejahtera serta mencapai hasrat ke arah "Cemerlang, Gemilang dan Terbilang".


7) Hobi Dan Koleksi

Hobi dan koleksi kegemaran YABhg. Tun Abdullah bersama keluarga dan rakan-rakan dikongsi bersama di bahagian ini.


8) Pingat /Darjah Kebesaran & Anugerah Kehormat

Koleksi Pingat /Darjah Kebesaran dan Anugerah Doktor Kehormat yang diterima oleh YABhg. Tun Abdullah dari dalam dan luar negeri merupakan bukti penghargaan dan pengiktirafan terhadap jasa beliau semasa berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri Malaysia.

Kongsi Halaman Ini :